A:hover {color: #993366; text-decoration: underline} .:: Penyebaran Islam Di Makkah - sejarah tingkatan 4 ::.

Anda sekarang berada di laman : Menu pecahan bab > Penyebaran islam

Penyebaran Islam Di Makkah.

Penyebaran Islam di makkah dilakukan secara berperingkat-peringkat,iaitu pada mulanya secara rahsia dan kemudian secara terbuka.dakwah Islamiah secara rahsia berjalan selama tiga tahun manakala secara terbuka 10 tahun.dakwah islamiah secara rahsia ditujukan kepada ahli keluarga baginda,sahabat yang rapat,dan kaum kerabat baginda.Dakwah Islamiah secara terbuka dilakukan setelah baginda menerima perintah Allah s.w.t. supaya Dakwah Islamiah kepada masyarakat Makkah dilakukan secara terang-terangan.Ringkasan peringkat-peringkat penyebaran islam ditunjukkan dibawah :

Peringkat pertama:  1

Penyebaran secara sulit selama tiga tahun.

Hanya disebarkan kepada keluarga dan sahabat baginda yang terdekat.

Khadijah binti Khuwailid ialah orang yang pertama memeluk Islam dan diikuti oleh sepupu baginda,iaitu Ali bin Abu Talib,Zaid bin Harithah,Abu Bakar al-Siddiq dan Uthman bin Affan.

Peringkat kedua:  2

Penyebaran secara terbuka kepada segenap lapisan masyarakat Makkah.

Penentangan secara terbuka diterima oleh Nabi Muhammad s.a.w.

 

Agama Islam yang disebarkan secara sulit telah mendapat sambutan.Semakin ramai masyarakat Arab yang memeluk Agama Islam.Sebuah rumah,iaitu Darul alqam telah dijadikan sebagai pusat kegiatan Islam yang pertama di Makkah.(Rumah al-Arqam bin Abu Arqam)

Dakwah Islamiah telah mendapat sambutan daripada golongan bangsawaan dan golongan bawahan kerana ketinggian akhlak Nabi Muhammad s.a.w. dan kejujuran para sahabatnya.

Setelah tiga tahun menjalankan kegiatan penyebaran Agama Islam secara sulit,Allah telah memerintahkan supaya Nabi Muhammad s.a.w. menjalankan penyebaran Islam secara terbuka.Keadaan ini menyebabkan semakin ramai orang Arab yang memeluk agama Islam.

Baginda juga menjalankan dakwah Islamiah secara terbuka kepada keluarga Abdul Muttalib melalui ceramah yang diadakan dirumah Ali bin Abu Talib.Terdapat ahli keluarga baginda yang menerima dan ada juga yang menentangnya.

Tentangan yang paling hebat diterima daripada Abu Lahab,iaitu bapa saudara baginda.

Dakwah Islamiah secara terbuka kepada orang ramai pula dijalankan di Bukit Safa,Makkah.Majlis ini dihadiri oleh semua ketua pentadbir kota Makkah.

Orang Quraisy mula bimbang apabila semakin ramai orang Arab memeluk agama Islam.Oleh itu,mereka mula melakukan penentangan dengan menghina,mencaci dan menyeksa orang Islam.

 


Sudut Maklumat:

al-Arqam bin Abu Arqam.

Abu Lahab.

kembali.

cetak halaman ini