A:hover {color: #993366; text-decoration: underline} .:: Reaksi  - sejarah tingkatan 4 ::.

Anda sekarang berada di laman : Menu pecahan bab > Reaksi masyarakat arab

Reaksi masyarakat Arab Jahiliah.

Pada mulanya,orang islam Quraisy tidak mengambil berat tentang penyebaran Islam kerana penyebaran Islam ini hanya melibatkan keluarga Nabi Muhammad s.a.w..Mereka tidak mahu mencampuri urusan dalaman keluarga baginda.Mereka juga tidak menyangka seruan itu akan disambut oleh sebahagian masyarakat arab Quraisy.Walau bagaimanapun, setelah dakwah Islamiah dilaksanakan secara terang dan mendapat tempat dihati sebilangan orang ramai,barulah orang arab Quraisy menentangnya.

Penerimaan terhadap Islam.

  1. Orang yang paling awal menerima Islam ialah Ahli keluarga dan sahabat rapat Nabi Muhammad s.a.w.
  2. Pada mulanya kegiatan dakwah dilakukan secara rahsia.
  3. Pada peringkat ini,kebanyakan penganut agama Islam ialah golongan bawahan seperti hamba kerana mereka tertarik dengan ajaran Islam yang memberikan layanan yang sama kepada semua manusia.
  4. Golongan ini tetap menerima ajaran Islam dengan yakin walaupun ada dikalangan mereka yang diseksa dengan kejam,contohnya Bilal bin Rabah yang dijerut lehernya dengan tali oleh tuannya.Keluarga Yassir pula telah dijemur di Padang sehingga Yassir dan isterinya mati syahid.
  5. Sebab-sebab ajaran Islam dapat diterima oleh orang ramai kerana :
  • kerana kemurnian ajarannya
  • kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w berdakwah,iaitu baginda menggunakan cara yang lemah-lembut.
  1. Pendekatan yang digunakan oleh Nabi Muhammad untuk menyebarkan islam ialah:
  • membandingkan akhlak masyarakat jahiliah dengan akhlak yang disarankan oleh Islam.
  • membaca ayat al-quran untuk menjawab pertanyaan para sahabat dan memberi penerangan.
  • menunjukkan teladan yang baik.
  1. Pengorbanan dan kesabaran Nabi Muhammad s.a.w yang tinggi merupakan kunci kejayaan agama Islam.Harta bukan menjadi ukuran utama dalam berdakwah.

 

Penentangan terhadap Islam.

  1. Orang Quraisy menentang dakwah Islamiah yang disampaikan Nabi Muhammad kerana:
  • ajaran Islam bertentangan daripada kepercayaan nenek moyang kaum Quraisy yang mengamalkan penyembahan berhala dan kepercayaan syirik.
  • agama Islam memansuhkan dan menganggu-gugat sistem sosial kaum Quraisy yang berdasarkan keturunan dan kekayaan.
  • mereka tidak senang dengan persaudaraan Islam yang akan menggugat semangat assabiyah yang menebal dikalangan kaum Arab Quraisy.
  • mereka takut dengan konsep agama Islam seperti pahala,dosa,syurga,neraka serta hari pembalasan (akhirat).
  • sumber ekonomi utama kaum Arab Quraisy iaitu pembuatan patung berhala akan terjejas kerana Islam melarang penyembahan patung berhala sebaliknya menyembah Allah s.a.w.
  1. Orang Arab Quraisy tersalah anggap dengan mendakwa bahawa Nabi Muhammad ingin merampas kekuasaan Makkah daripada tangan orang Arab Quraisy dengan cara menyebarkan Islam.
  2. Penentangan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. ditunjukkan dengan cara:
  • mengejek dakwah Islamiah melalui sajak dan puisi serta karya orang Arab Quraisy.
  • memujuk baginda meninggalkan dakwah Islamiah.
  • menyeksa orang yang memeluk Islam.
  • memulaukan orang Islam.

Sudut Maklumat:

Bilal bin Rabah.

  • beliau ialah hamba kepunyaan Umaiyah yang berasal dari Habsyah.
  • beliau telah diseksa dengan kejam,misalnya dengan cara dijemur,diselar dengan besi panas,dan ditindih dadanya dengan batu.
  • Abu Bakar al-Siddiq telah membeli Bilal daripada tuannya,Umaiyah ,semasa beliau diseksa.
  • beliau ialah muazzin (orang yang melaungkan azan) pertama pada zaman awal perkembangan Islam.
    + Keatas

 

 

kembali.

cetak halaman ini