A:hover {color: #993366; text-decoration: underline} Pengenalan

Anda sekarang berada di laman : Menu pecahan bab > Pengenalan

Pengenalan bab 4:-Kemunculan tamadun Islam dan perkembangannya di Makkah.

Secara umum,tamadun awal dunia terbentuk di lembah sungai seperti di Sungai Tigris dan Euphrates,Sungai Nil,Sungai Indus dan Sungai Hwang Ho.Walau bagaimanapun,hal ini berbeza daripada kemunculan tamadun Islam.Kemunculan tamadun Islam dianggap unik kerana tamadun ini lahir dan berkembang di tempat yang terpencil di kawasan padang pasir yang panas dan kering kontang,iaitu di Hijaz.Oleh itu,pembentukan tamadun islam banyak berasaskan pemikiran dan ajaran agama di samping merupakan anugerah Allah S.W.T kepada umat manusia.Semasa tamadun Islam berkembang di Makkah,tamadun Parsi dan Rom juga berkembang pesat di utara Semenanjung Tanah Arab

menarik di portal SejarahOnline ....

Laman ini memaparkan tentang kemunculan ketamadunan islam dan perkembanganya di Makkah.

Laman ini juga memaparkan tentang info tambahan tentang islam

Laman ini juga memaparkan pautan atau links ke laman sejarah/islam yang lain.


Ulasan Webmaster:

Secara umum,bab ini menerangkan tentang kemunculan sebuah tamadun yang bersifat keagamaan dan kerohaniah.Tamadun Islam berkembang atas dasar penyebaran dakwah islamiah di tempat yang di kunjungi/ditawan di kawasan Semenanjung Tanah Arab dan berkembang ke utara Semenanjung Tanah Arab kerana penduduk setempat tertarik dengan ajaran yang dibawa Islam yang mengamalkan kesederhanaan dalam setiap perkara yang dilakukan.Ini dibuktikan apabila penduduk Ansar di Madinah secara sukarela membenarkan Rasulullah S.A.W (Nabi Muhammad) menetap di sana bersama-sama pengikut Mujahirin dan membina sebuah negara Islam.

 


Sudut Maklumat:

Hijaz.

  • Terdapat tiga buah kota di Hijaz,iaitu Makkah,Madinah dan Taif.
    + Keatas

Makkah.

  • Terletak kira-kira 80 kilometer dari perlabuhan Jeddah.
  • Merupakan ibu kota Hijaz yang terletak dalam pemerintahan kerajaan Arab Saudi.
    + Keatas

kembali.

cetak halaman ini