A:hover {color: #993366; text-decoration: underline} .:: Kerasulan Nabi Muhammad S.A.W - sejarah tingkatan 4 ::.

Anda sekarang berada di laman : Menu pecahan bab > Kerasulan Nabi Muhammad

Kerasulan Nabi Muhammad S.A.W.

Wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. ialah surah al-Alaq ayat 1-5 yang memerintahkan umat Islam membaca.Wahyu inilah yang menjadi titik tolak dalam perkembangan tamadun masyarakatArab Jahiliah dan umat Islam keseluruhannya sehingga sekarang.

Seterusnya, wahyu kedua diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.,iaitu surah al-Muddasir, ayat 1-7 .Secara keseluruhan wahyu ini merupakan pengisytiharaan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah yang mewajibkan baginda menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh manusia.Perlantikan Nabi Muhammad s.a.w. dianggap sebagai rahmat kepada seluruh alam sejagat.Sebagai rasul,ajaran Islam perlu disampaikan kepada masyarakat Arab dengan bijaksana dan terancang.Semenjak turunnya ayat al-Quran baginda telah menjalankan seruan kepada orang Arab Quraisy Makkah.

Nabi Muhammad s.a.w. mula merancang untuk mengubah akidah dan kehidupan masyarakat sekelilingnya.Perkara utama yang ditekankan oleh baginda pada tahad ini ialah usaha membetulkan akidah masyarakat Arab dengan menanamkan keimanan kepada Allah Yang Maha Esa.Nabi Muhammad s.a.w. menggesa masyarakat di sekelilingnya untuk meninggalkan amalan yang keji seperti menindas sesame manusia, membunuh dan mencuri.


Sudut Maklumat:

Wahyu.

  • ajaran yang disampaikan oleh Allah.
  • ajaran ini disampaikan kepada Nabi dan Rasul melalui perantaraan Malaikat Jibrail.
  • menjadi panduan kepada Nabi/Rasul serta umat manusia.
    + Keatas

 

 

kembali.

cetak halaman ini