A:hover {color: #993366; text-decoration: underline} .:: Kajian perkembangan islam di Malaysia  - sejarah tingkatan 4 ::.

Anda sekarang berada di laman : Informasi > Islam di malaysia

Kajian perkembangan islam di Malaysia.

Pengenalan

Agama islam yang lahir di Semenanjung Tanah Arab telah tersebar ke merata dunia.Kehadiran islam di rantau ini turut memperlihatkan pembabitan perdagang islam yang telah berdagang di perlabuhan seperti perlak,pasai,sulu,aceh,pattani dan brunei.di tanah melayu (t.m),melaka menjadi pusat perdagangan dan pusat perkembanagan islam sekitar abad ke-13 dan ke-14 masehi .di melaka islam menjadi pusat penyebaran islam melalui perluasan kuasa,perkahwinan,pendidikan dan kegiatan intelektual.

Sistem pemerintahan dan pentadbiran berasaskan islam

terdapat tiga lapisan asas struktur pentadbiran :
1]pemerintahan pusat yang diketuai oleh SULTAN
2]Pemerintahan daerah yang ditadbir oleh PEMBESAR DAERAH
3]Pemerintahan kampung di ketuai oleh PENGHULU.

Dalam tradisi HINDU BUDDHA,seseorang pemerintah mengalurkan nasab keturunannya daripada penitisan dewa.keadaan ini telah berubah setelah kedatangan islam.contohnya tokoh-tokoh islam seperti Iskandar Zurkarnain telah mula dirujuk sebagai asas nasab keturunan sultan seterusnya kedatangan islam mewujudkan institusi sultan di (t.m) sebagai institusi berdasarkan perwarisan yang meletakkan raja atau sultan sebagai kuasa tertinggi dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran di tanah melayu...

Sistem perundangan islam

sistem perundanagn amat penting demi menjamin keharmonian hidup bermasyarakat.

i ] Undang-undang yang tidak bertulis dikenali sebagai adat.:

@ adat perpatih
@ adat temenggung

ii ] Undang-undang bertulis pula adalah peraturan atau hukum dalam sesebuah masyarakat,contohnya .:

@ Hukum Kanun Melaka. - terdapat 44 fasal dalam *HKM yang mempunyai 46 naskah salinan yang disebut sebagai nama.undang-undang laut pula mempunyai 24 fasal .

@ undang-undang perak. - turut dikenali sebagai Undang-undang 99 yang dibawa oleh seorang ulama arab yang bernama SAYYID HUSSAIN AL-FURADZ pada abad ke-17

Pengaruh islam terhadap enonomi

kemunculan islam di tanah melayu memberi kesan yang besar kepada orang melayu dalam bidang ekonomi.kehadiran agama islam memperlihatkan pembabitan kerajaan-kerajaan islam seperti Melaka,Acheh,Brunei,Sulu,Johor,Kedah(kataha),Kelantan(kilat-ta) dan Terengganu dalam arus perdagangan.aktiviti perdagangan di ceburi oleh orang melayu merangsang perkembangan berkaitan dengannya seperti penggunaan matawang,pencukaian dan seumpamanya.

@ matawang. - merupakan altenatif kepada sistem barter.sebagai contoh di johor terdapat matawang yang di perbuat daripada timah di kenali sebagai wang katun.matawang timah pada zamanmelaka,misalnya berbentuk bulat dan beratnya ialah satu kati lapan tahil.nama sultan yang memerintah serta tarikh(tawarikh) islam dicatat pada matawang tersebut.di negeri kedah(kataha),matawang timah kedah berbentuk seekor ayam jantan yang bertenggek diatas beberapa cincin.matawang kedah dan johor digunakan secara meluas pada abad ke-16.matawang emas johor yang tertua dikenalpasti bertarikh 1527 masehi pada zaman pemerintahan Sultan Alaudin Riayat Syah.

@ pencukaian - merupakan bayaran yang dikenakan oleh pihak pemerintah sebagai sumber pendapatan kerajaan untuk pembangunan negara.amalan riba tidak dibenarkan di dalam perniagaan dikalangan orang islam.riba ialah faedah atau pertambahan bayaran dalam urusan perjanjian hutang piutang.

kembali.

 

cetak halaman ini